Untuk pengetahuan anda, banyak istilah yang digunakan oleh masyarakat Filipina dalam kehidupan seharian mereka adalah serupa dengan bahasa Melayu.
Kami akan kongsikan empat perkataan bahasa Melayu yang dikongsi dengan orang Filipina dalam artikel ini:
1. Kita

Kebiasaannya, rakyat Malaysia akan menggunakan istilah aku atau saya untuk membahasakan diri sendiri apabila berkomunikasi dengan orang lain. Namun, ada juga yang lebih selesa untuk menggunakan istilah kita bagi merujuk kepada diri sendiri.
Walaupun orang Filipina boleh menggunakan perkataan kita untuk membahasakan diri mereka sendiri, ia juga digunakan sebagai istilah yang membawa maksud sama dengan awak.
2. Mahal
Sekiranya anda mahu tahu, masyarakat Filipina turut menggunakan perkataan mahal untuk menggambarkan sesuatu yang harganya tinggi. Walau bagaimanapun, ia turut digunakan untuk membawa maksud sesuatu perasaan yang intim.
Dalam erti kata lain, ia lebih berkait dengan perasaan cinta, sesuatu atau seseorang yang dihargai.
3. Leche
Sama seperti rakyat Malaysia, orang Filipina turut menggunakan perkataan leche untuk menggambarkan sesuatu yang sukar sehingga menjengkelkan diri sendiri.
4. Binibini
Dalam bahasa Melayu, istilah bini digunakan untuk merujuk kepada wanita yang telah dikahwini. Berbeza dengan rakyat Malaysia, istilah binibini bermaksud cik dan digunakan oleh orang Filipina sebagai gelaran panggilan yang digunakan untuk memanggil seorang wanita.
Pada pendapat anda, apakah perkataan yang paling serupa antara kedua-dua bahasa ini?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan bahasa, anda boleh klik pada pautan di bawah: