4 Buah Paling Berat Yang Pernah Ditanam

Selama lebih 10,000 tahun manusia telah membiak tanaman secara selektif untuk ciri-ciri tertentu seperti saiz, rasa dan produktiviti.

Perkara ini telah membuatkan buah-buahan pada abad ke-21 kini lebih berat dan besar berbanding sebelum ini.

Berikut adalah 4 buah paling berat yang pernah tumbuh dicatat dalam rekod dunia Guinness.

  1. Strawberi
Sumber: Daily Sabah

Strawberi dengan berat 289 gram adalah strawberi terberat di dunia dengan mempunyai  berat purata 20 kali ganda daipada berat strawberi biasa.

  1. Terung
Sumber: Guinness World Records

Terung yang besar ini tumbuh di taman milik Peter Glazebrook yang berada di United Kingdom. Tanaman tersebut diiktiraf pada Kejohanan Sayuran Gergasi Kebangsaan CANNA UK 2021 sebagai yang paling berat dalam sejarah dengan beratnya iaitu 3.12kg.

  1. Mangga
Sumber: Guinness World Records

Mangga ini ditanam di daerah Guyatá, Colombia oleh petani Germán Orlando Novoa Barrera dan Reina Maria Marroquín. Pada bulan Julai 2020, buah itu ditimbang dengan berat 4.25 kg membuatkan mangga tersebut berjaya pecahkan rekod 10 tahun yang dipegang oleh mangga yang dijumpai di Filipina.

  1. Tembikai
Sumber: Guinness World Records

Chris Kent dari Amerika Syarikat sangat menggemari tembikai besar. Selepas pertama kali memecahkan rekod untuk tembikat terberat di dunia pada 2010, Chris mencipta tembikai paling berat lagi sekali pada tahun 2013. Rekod memiliki tembikai paling berat di dunia masih dipegang oleh Chris sehingga kini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: