4 Benda Paling Terkecil Yang Pernah Ada Di Dunia

Dari perspektif manusia, kecil boleh menjadi apa sahaja dan akan sentiasa teruja apabila menemui perkara baharu atau melakukan sesuatu yang menakjubkan.

Berikut adalah 4 benda paling terkecil yang pernah ada di dunia dalam rekod dunia Guinness.

  1. Gasing Fidget Spinner
Sumber: Guinness World Records

Permainan kecil ini dicipta oleh sebuah syarikat yang bernama MinebeaMitsumi Inc. dari Minato, Tokyo.

Alat mainan yang berukuran hanya 5.09 mm (0.20 inci) menjadikan gasing fidget spinner adalah paling terkecil di dunia pada November 2017.

  1. Surat Khabar Mini
Sumber: Guinness World Records

Surat Khabar paling terkecil ini adalah edisi akhbar Terra Nostra di Portugal dan saiz ukuran hanyalah 18.27 x 25.35 mm (0.72 x 0.99 inci).

Surat khabar bersaiz ibu jari manusia ini mudah untuk dibawa serta disimpan. Walaupun saiznya terlalu kecil, namun tulisannya masih mampu dibaca.

  1. Sudu Kayu Terkecil
Sumber: Guinness World Records

Sudu kecil ini mampu dipegang oleh seekor semut dan saiz sudu hanya berukuran 4.5 mm (0.18 inci).

Pemegang rekod ini dicapai oleh Gowrishankar Gummadidhala yang berasal dari Telangana, India.

  1. Motosikal Paling Kecil
Sumber: Guinness World Records

Tom Wiberg dari Sweden membina sebuah motosikal bernama Smalltoe yang mempunyai diameter roda hadapan 16 mm (0.62 inci) dan diameter roda belakang 22 mm (0.86 inci).

Motosikal tersebut mampu bergerak lebih 60 meter di Hökerum, Sweden pada tahun 2003.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: