Adat melambangkan etnik dan kaum dalam sesebuah negara. Setiap negara mempunyai adat mereka tersendiri. Namun, terdapat beberapa buah negara mempunyai adat yang pelik. Tetapi masih diamalkan sehingga sekarang.
Berikut ialah empat adat aneh di dunia.
1. Menari Dengan Keranda

Adat aneh ini berlaku dalam masyarakat Ghana. Adat ini berlaku semasa upacara pengebumian si mati iaitu mengusung keranda sambil menari. Perkhidmatan ini dilakukan untuk menghiburkan majlis pengebumian itu.

Mereka mahu menari orang ramai datang ke majlis itu dan meraikan upacara itu dengan alasan untuk menghilangkan rasa sedih bagi keluarga si mati dan si mati boleh pergi dengan tenang.
2. Culik Wanita Untuk Khawin

Negara Kyrgystan terdapat satu adat aneh mereka. Seorang lelaki menculik perempuan untuk dijadikan isteri. Sehingga sekarang masih terjadi. Si lelaki akan menculik mana-mana perempuan dan dibawa ke rumah si lelaki.

Mereka akan membuat majlis menyambut bakal isteri serta memujuk perempuan itu menerimanya. Kerana adat ini, perempuan di negara itu ramai membunuh diri kerana dipaksa berkhawin dengan lelaki tidak dikenali.
3. Ujian Akil Baligh

Negara Brazil mempunyai upacara untuk menguji akil baligh kaum lelaki. Ucapara itu dilakukan dengan cara memasukkan tangan ke dalam sarung tangan berbentuk glove oven dan mempunyai ratusan semut peluru.

Semut peluru di Brazil yang mempunyai saiz satu inci ialah semut paling berbisa di dunia.

Upara ini dimulakan dengan disapukan arang lalu dimasukkan tangan ke dalam sarung tangan itu selama 11 jam. Ketua adat akan membaca doa dan menari sehingga tamat upacara.
4. Pertandingan Ratu Hodoh

Negara England pernah mengadakan pertandingan ratu hodoh. Pertandingan ini memerlukan peserta membuat mimik muka hodoh.

Ada peserta pertandingan itu sanggup mencabut gigi untuk kelihatan hodoh dan memenangi pertandingan empat kali berturut-turut.
Untuk baca artikel–artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: