Sejak penciptaan roda, manusia telah mencari pelbagai cara untuk mempercepatkan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Perkara ini termasuk membina kereta terpantas di dunia ataupun hanya sekadar berlari lebih laju daripada sebuah kereta.
Walau bagaimanapun, masih terdapat kelajuan tertentu yang masih belum dicapai oleh manusia tetapi sesetengah spesies boleh melakukannya.
Berikut adalah 3 perkara paling terpantas yang pernah ada di dunia dalam rekod dunia Guinness.
- Manusia terpantas di dunia dalam larian

Nama Usian Bolt tidak asing lagi dalam dunia sukan. Pada 16 Ogos 2009, Bolt mencatatkan masa 9.58 saat dalam larian 100 meter akhir di Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin, Jerman.
Malah rekod ini seolah-olah tidak akan dapat dipecahkan oleh atlet lain.
- Haiwan darat terpantas dalam jarak dekat

Cheetah atau nama saintifiknya Acinonyx jubatus merupakan haiwan terpantas dalam jarak dekat dan mampu berlari dengan kelajuan dua kali ganda daripada Usain Bolt.
Pada tahun 1965, Profesor Craig Sharp dari Universiti Brunel, London mencatatkan kelajuan tepat haiwan tersebut pada 64.3 mph (103.4 km/j).
- Roller coaster terpantas di dunia

Roller coaster ini terletak di Ferrari World Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu.
Nama roller coaster tersebut adalah Formula Rossa yang boleh memecut sehingga 149.1 mph (240 km/j) dan 52 meter ke atas dalam masa 4.9 saat.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:
https://tehtarikgelasbesar.com/tidak-pernah-terlintas-di-fikiran-ini-5-sukan-paling-pelik-di-dunia/https://tehtarikgelasbesar.com/5-fakta-menarik-tentang-formula-1/