Di sebalik kecomelan kanak-kanak yang sedang membesar, siapa sangka mereka ini telah dikenali sebagai pembunuh kejam di dunia.
Kami kongsikan kanak-kanak yang mempunyai kisah pembunuhan mereka sendiri yang tidak terfikir dek akal.
1.Andrew Golden & Mitcheel Johnson

Mereka ialah pelajar Westside Middle School, Amerika. Kejadian berlaku apabila mereka berdua datang ke sekolah dengan membawa sembilan pistol serta 2 000 peluru. Mereka telah melepaskan tembakan secara rambang mengakibatkan lima orang terbunuh.

Mereka dikatakan melakukan perbuatan itu sebagai balas dendam kerana mereka pernah dibuli. Oleh itu, mereka telah dipenjara pada tahun 1998 dan dibebaskan pada usia 21 tahun.
2.Mary Bell

Budak berusia 11 tahun ini dikenali sebagai Penjerut Tyneside. Dia telah membunuh seorang kanak-kanak bernama Martin Brown yang berusia empat tahun dengan cara mencekik sampai mati.

Selain itu, Mary Bell juga membunuh kanak-kanak bernama Brian Howe berumur tiga tahun. Cara pembunuhan berlaku dengan cara memukul mangsa sampai hancur dan mengukir huruf M pada perut mangsa.
Tidak cukup dengan itu, dia juga memotong anggota badan mangsa menggunakan gunting. Mary Bell telah dipenjara sehingga berumur 23 tahun
3.Amarjeet Sada

Amarjeet berasal dari India baru berusia lapan tahun merupakan penjenayah juvana termuda dalam sejarah India. Perbuatan yang telah dilakukan ialah membunuh adiknya sendiri yang berusia enam bulan.
Amarjeet mengaku dia yang membunuh adiknya sendiri dengan cara mencekik leher dan menghempuk batu besar di kepala sampai hancur.
Sebenarnya, dia menghadapi masalah psikologi. Apabila ditanya kenapa dia bertindak untuk membunuh, dia hanya tersenyum.
Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: