Ramadan adalah bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia. Ini antara 3 negara yang menyambut Ramadan dengan cara yang unik.
1.Tiongkok
Kashgar atau Kashi adalah sebuah kota di bahagian barat Tiongkok yang merupakan tempat tinggal bagi umat Islam yang merupakan minoriti di negara tersebut. Pada masa lalu, umat Islam di sini mempengaruhi budaya dari kerajaan Rom, Parsi, Mongolia, dan Cina.
Meski merupakan minoriti, masyarakat di sini memiliki tradisi unik yang disebut Muqam. Dalam tradisi ini, masyarakat muslim menyambut Ramadan dengan tarian dan nyanyian. Selain itu, bulan Ramadan dijadikan suasana untuk berkumpul dan menjalin silaturahim bagi masyarakatnya.
2. Sweden
Negara Sweden tidak seperti di negara-negara Eropah lain kerana pada umumnya, Islam merupakan agama yang cukup diakui di Sweden. Sejarah mengisahkan bahawa sekitar abad ke-18, Sweden pernah bersekutu dengan Kesultanan Uthmaniyah.
Hal ini membuatkan Islam bukan lagi merupakan hal baru di negara tersebut. Masyarakat Sweden sangat toleransi dan sangat menghargai ibadah yang dilakukan umat Islam di sana, termasuk ibadah puasa. Di negara ini umat Islam saling mengunjungi dan memberi ucapan selamat dalam menyambut bulan Ramadan.
3. Mesir
Ketibaan Ramadan di Kaherah, Mesir disambut ibarat sebuah pesta dengan dekorasi menakjubkan, aktiviti kebudayaan dan amal ibadah.
Rumah kediaman, restoran dan jalan-jalan diterangi cahaya lampu warna-warni (Fanoos) sebagai tanda mengalu-alukan bulan yang mulia itu.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: