Menjelang ketibaan Hari Deepavali, penganut agama Hindu tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk melakukan persiapan menyambut perayaan itu.
Perayaan Deepavali atau Diwali adalah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan.
Secara simboliknya sambutan ini ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan.
Setiap perayaan mempunyai keunikannya tersendiri. Berikut adalah 3 keunikan mengenai perayaan Hari Deepavali.
- Kolam menjadi penyeri rumah

Kebanyakan penganut agama Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam atau nama lainnya adalah rangoli.
Kolam merupakan hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang telah diwarnakan sebelum terbit matahari.
Fungsi kolam adalah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
- Mandi minyak bijan untuk sucikan diri

Pada pagi perayaan Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit untuk menjalankan upacara mandi minyak bijan.
Di India, terdapat penganut Hindu yang akan berendam di Sungai Ganges yang terletak di utara India.
Mengikut kepercayaan mereka mandi di sungai tersebut dapat membebaskan diri daripada kitaran kematian dan kelahiran semula.
- Manisan akan dimakan selepas mendapat restu Tuhan

Menurut kepercayaan penganut agama Hindu, manisan yang dibuat tidak boleh dimakan selagi tidak mendapat restu daripada Tuhan.
Pada pagi sambutan Deepavali, manisan akan dipersembahkan semasa bersembahyang untuk dapatkan restu Tuhan.
Selepas sembahyang, barulah hidangan manisan itu boleh dinikmati.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: