Saintis telah memperoleh ilham untuk mencipta teknologi yang menambah baik kehidupan harian manusia berdasarkan apa yang berada di sekeliling kita. Kami akan kongsikan bagaimana haiwan telah menjadi inspirasi kepada saintis untuk mencipta teknologi menerusi artikel ini:
1. Kotak hitam pesawat- Burung belatuk

Pernahkah anda lihat bagaimana burung belatuk dapat menebuk batang pokok sepanjang hari tanpa mengalami masalah dan cedera di kepalanya?
Ini kerana burung tersebut mempunyai kebolehan yang mampu membuatkan tengkoraknya menyerap hentakan semula jadi. Para saintis mendapati tengkorak haiwan ini mempunyai empat struktur dan paruhnya juga mempunyai cecair seperti span dan serebrospinal yang berfungsi untuk menghalang getaran dan gegaran otak.
Oleh itu, para saintis mengambil inspirasi daripada burung belatuk untuk mencipta kotak hitam pesawat. Kotak hitam ialah sebuah komponen penting di mana ia digunakan untuk merakam semua data penting yang boleh digunakan untuk membantu para penyiasat sekiranya perkara tidak diingini berlaku pada sesebuah pesawat.
Apa-apa pun, burung belatuk dijadikan inspirasi untuk penciptaan kotak hitam supaya ia mampu tahan lasak seperti haiwan berkenaan.
2. Helikopter – Burung madu

Tahukah anda burung madu boleh terbang ke belakang dan melayang di tempatnya yang membuatkan ia kelihatan sama seperti helikopter?Menerusi kajian para penyelidik dari Universiti Stanford dan Universiti Wageningen, nisbah panjang sayap burung dengan lebarnya menentukan kemampuan haiwan tersebut untuk mempertahankan daya melayang.
Burung madu mempunyai nisbah aspek yang lebih besar iaitu 3.5 sehingga 4.0 meskipun ia menggunakan daya tenaga yang lebih sedikit.
3. Jarum – Nyamuk

Pernahkah anda rasa sakit apabila digigit nyamuk? Anda sebaliknya cuma akan rasa gatal sahaja. Jadi, para saintis menggunakan keupayaan nyamuk untuk membuat jarum kurang menyakitkan kepada manusia.
Para penyelidik dan jurutera di Universiti Kansai, Jepun telah mengambil inspirasi daripada mulut nyamuk untuk mencipta jarum. Ia meniru gigitan sebenar nyamuk untuk memudahkan kemasukan jarum ke dalam kulit dan mengurangkan rasa sakit pada masa yang sama. Jangan risau, jarum itu berfungsi dengan sempurna.
Apa pendapat anda berkenaan penciptaan teknologi yang mengambil inspirasi daripada haiwan?
Penulis:
- Arif Aiman Asrol adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
- Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: