Sebuah filem perlu mempunyai babak permulaan, klimaks dan pengakhiran yang sangat meyakinkan supaya jalan cerita tersebut tidak menimbulkan tanda tanya kepada para penonton.
Penamat baik akan membuatkan anda sebagai para penonton terus berfikir tentang apa sahaja yang baru ditonton. Sementara itu, pengakhiran yang gagal digarap dengan sempurna hanya akan membuatkan anda berang dan kurang puas hati selepas semuanya selesai.
Kami akan kongsikan tiga filem seram yang mempunyai pengakhiran paling mindblown dalam artikel ini:
1. The Others (2001)

Dibintangi oleh Nicole Kidman dan Fionnula Flanagan, The Others mengisahkan bagaimana seorang ibu bernama Grace Stewart perlu melindungi keluarganya bersendirian selepas tempat tinggal mereka mula mengalami gangguan aneh.
Sepanjang filem ini, terdapat banyak babak bertindak sebagai pembayang yang mampu membantu para penonton teka apa yang bakal berlaku.
Satu perkara yang pasti, kejutan filem ini hanya akan ditemui pada penamatnya yang digarap dengan cantik untuk menyimpul keseluruhan filem ini.
Anda boleh tonton trailer penuh filem ini di bawah.
2. Orphan (2009)

Dibintangi oleh Vera Farmiga dan Isabelle Fuhrman, Orphan mengisahkan pasangan suami isteri bernama Kate dan John yang membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat.
Anak angkat tersebut ialah seorang kanak-kanak bernama Esther yang berusia sembilan tahun. Pada awalnya, Esther kelihatan seperti seorang kanak-kanak biasa tetapi gadis berkenaan mula menunjukkan perangai aneh dan mula bertindak memecah-belahkan keluarga angkatnya sendiri.
Filem ini pula mengambil inspirasi daripada satu penyakit sebenar yang benar-benar mampu berlaku. Anda boleh tonton trailer penuh di bawah.
3. The Platform (2020)

Dalam filem The Platform, manusia diasingkan secara berkumpulan dalam sebuah penjara yang mempunyai beratus-ratus tingkat berbentuk platform. Setiap platform hanya mempunyai dua orang penghuni yang mempunyai kemudahan asas.
Semua individu yang masuk ke penjara tersebut hanya dibenarkan untuk membawa satu barang yang paling mereka perlukan sepanjang berada di sana.
Makanan akan disediakan sekali sehari dan dihidangkan menggunakan lif yang akan turun ke setiap platform untuk dinikmati penghuninya. Agihan makanan yang tidak adil ini telah diangkat menjadi isu utama dalam filem ini.
Setiap watak dalam filem ini adalah cerminan individu yang wujud di dunia sebenar. Terdapat segelintir masyarakat yang masih memikirkan tentang orang bawahan.
Terdapat juga individu yang hanya memikirkan tentang diri mereka sendiri manakala ada yang lebih mementingkan keluarga daripada diri sendiri.
Untuk filem ini pula, penonton perlu bijak memahami dan mentafsir apa yang cuba disampaikan oleh pengarah. Anda boleh baca review penuh di sini.
Pada pendapat anda, filem manakah yang paling meninggalkan kesan sebagai seorang penonton?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: