3 Amalan Pemakanan Untuk Pesakit Long COVID

long covid

LONG Covid boleh dialami oleh bekas pesakit COVID-19 iaitu komplikasi jangka masa panjang pada tubuh pesakit.

Simptom ini membuatkan seseorang berada dalam keadaan hiperkatabolik yakni memerlukan nutrisi lebih tinggi berbanding ketika sihat.

Jika tidak pesakit Long COVID akan berdepan risiko kekurangan berat badan,malnutrisi dan kehilangan jisim otot berpanjangan atau sarcopenia.  

Jadi keperluan nutrisi mencukupi perlu dijaga bagi memastikan pemulihan pesakit. Selain itu, amalan pemakanan yang tepat mampu mengelakkan kemasukan semula pesakit ke hospital akibat kesihatan semakin merosot. Ini 3 amalan pemakanan yang boleh diamalkan oleh pesakit Long COVID:

1. Amalkan makanan seimbang

Pemakanan yang sihat dan seimbang mengikut panduan piramid makanan sangat bagus bagi mandapatkan makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan tubuh.

Kaedah pinggan sihat yang mengandungi suku-suku separuh sumber karbohidrat, protein, buah dan sayuran boleh dijadikan sebagai panduan.

2. Ambil makanan berkalori

Makanan tinggi kalori dan protein membantu pesakit kerana mereka cepat merasa kenyang serta hilang selera makan. Bukan itu sahaja, terdapat simptom lain seperti hilang deria rasa, letih, kurang tenaga, cirit-birit atau sembelit turut dialami.

Simptom sebegini boleh menyebabkan dehidrasi malah pesakit akan sukar untuk menelan makanan dan hilang selera makan. Oleh itu, pengambilan makanan berkalori seperti menggantikan bubur nasi kosong kepada bubur campuran isi ayam mudah mengenyangkan.

3.Lebihkan makanan berserat

Pesakit juga perlu mengambil cecair secukupnya untuk mengelakkan masalah dehidrasi. Namun bagi penghidap sakit buah pinggang dan jantung perlu mengehadkan pengambilan cecair mengikut pemantauan doktor.

Pengambilan serat secukupnya dapat membantu melawaskan sistem pencernaan. Ini disebabkan oleh perubahan sistem pencernaan pesakit COVID-19 akibat penggunaan antibiotik dan kesan sampingan ubat.

Bagi vitamin dan mineral pula, ianya mestilah diambil dalam kuantiti yang tepat dan tidak terlalu berlebihan. Pengambilan sumplemen digalakkan jika seseorang pesakit gagal memenuhi keperluan nutrisi.

Keadaan Long COVID berbeza pada setiap pesakit. Meskipun berlainan situasi tetapi matlamat yang sama buat semua untuk memastikan mereka mendapat nutrisi lengkap. Menjadi tangunggjawab individu dalam memastikan pemakanan terjaga dalam proses pemulihan ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: