Walaupun kumpulan-kumpulan ajaran sesat ini mendakwa berlandaskan ajaran Islam, banyak pemahamannya bagaimanapun bercanggah dengan ajaran agama apabila diteliti dengan lebih mendalam.
Pengaruh kumpulan ini yang semakin meluas menyebabkan terpaksa bertindak pantas dengan mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan dan mengekang fahaman-fahaman sesat ini daripada terus mengelirukan orang Islam.
Kami kongsikan tiga fahaman atau ajaran yang diisytiharkan sesat daripada agama Islam yang sebenar menerusi artikel ini:
1. Baha’i
Diasaskan oleh Mírzá Ḥusayn-ʻAlí Núrí ataupun lebih dikenali sebagai Baháʼu’lláh, agama Baha’i menekankan soal kesatuan bagi seluruh manusia dengan menyatukan agama-agama yang wujud seperti Buddha, Islam, Yahudi, Kristian, Zoroaster dan Hindu.
Penganut agama Baha’i percaya bahawa Nabi Isa a.s. meninggal dunia disalib dan menolak kewujudan malaikat, syurga serta mukjizat. Menerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14, ajaran Bahai bukan agama Islam. Atas sebab itu, umat Islam yang terlibat dengan ajaran berkenaan ialah murtad.
2. Hassan Anak Rimau
Dikatakan bermula dengan Kampung Bukit Gading di Kelantan, pengasas ajaran yang dikenali sebagai Hassan Anak Harimau merupakan seorang bekas guru silat yang berhenti mengajar seni bela diri berkenaan untuk mendalami ilmu agama.
Hassan Anak Rimau sebenarnya dikenali oleh para pengikutnya sebagai seorang individu yang boleh mengetahui isi hati tetamu yang datang bertemunya.
Salah seorang pengikutnya adalah Ayah Pin yang kemudiannya mengasaskan ajaran beliau sendiri. Para pengikut Hassan Anak Rimau masih mengamalkan ajarannya walaupun selepas beliau meninggal dunia. Untuk pengetahuan anda, ajaran ini terkenal dengan amalan zikir secara kuat dan beruzlah yang telah difatwakan akan keharamannya.
3. Ayah Pin

Ariffin Mohammed ataupun lebih terkenal dengan gelaran Ayah Pin dalam kalangan pengikutnya telah menubuhkan ajarannya sendiri yang dikenali sebagai Kerajaan Langit.
Berpusat di Kampung Batu 13 di Terennganu, Ayah Pin mendakwa dirinya adalah wakil Tuhan bagi semua agama yang wujud di dunia ini. Para pengikut ajaran ini pula percaya bahawa Ayah Pin adalah Tuhan yang menerima wahyu dari langit.
Jabatan Agama Islam Terengganu telah mengisytiharkan ajaran Ayah Pin sebagai palsu, sesat dan menyeleweng pada Disember 1997.
Pada pendapat anda, ajaran manakah yang paling bercanggah dengan agama Islam?