2020: Dunia Semakin Berpecah Dan Menolak Globalisasi?

2020 semakin menghampiri kita dan semakin kita menghampirinya, semakin kita sebagai warga dunia makin tidak memahami apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Perkembangan teknologi yang pantas di samping pelbagai konflik di serata dunia membuatkan kita bingung tentang apa yang berlaku ini akan berterusan atau ini cuma sementara.

Dunia hari ini sedang mengalami defragmentasi dari orde dunia global yang terbina sejak tamatnya Perang Dunia Kedua. Institusi seperti United Nations, IMF, Bank Dunia dan Kesatuan Eropah kini dilihat sudah tidak dipercayai lagi.

Dalam dunia Islam pula, kini terbelah dua antara puak pro-Saudi yang memboikot sidang kemuncak KL Summit kerana ia Turki dan Qatar yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

Di Eropah pula, Britain keluar dari Kesatuan Eropah nampaknya akan diikuti oleh negara-negara lain dan kebangkitan rakyat menentang kelompok elitis globalis semakin ketara dan pada dekad akan datang, ia akan semakin kelihatan.

Satu demi satu bangsa akan bangkit dan tuntut kemerdekaan. Satu demi satu wilayah akan bangkit menentang kerajaan pusat. Satu demi satu negara akan menentang perikatan yang dibina sejak Perang Dunia Kedua.

Cuba bayangkan dunia tanpa kawalan pusat para globalis yang berpusat di Bangunan UN kat New York?

Kemenangan Donald Trump dan Brexit pada 2016 adalah Revolusi Ketamadunan Barat. Orde baru pasca moden menentang orde lama yang berpasak kepada liberal demokrasi zaman modeniti.

Keadaan tu berjangkit di Brazil, di mana peristiwa muzium tertua di Amerika Latin tahun lepas membawa kehibaan yang amat sangat kepada bangsa mereka, dan melihat kerajaan liberal mereka sambil lewa menyelamatkan khazanah bangsa mereka. Lalu mereka melantik Jair Bolsonaro yang menangkap suara kekecewaan rakyat.

Hari ini dek kerana globalis liberal, ramai orang rasa kehilangan identiti. Mereka dipaksa untuk mengikut apa yang ditentukan oleh globalis liberal mengikut acuan yang ditetapkan.

Modeniti, adalah fahaman yang terasas daripada The Age of Enlightenment, dari 1680an hingga 1820an, apabila perindustrian mula berkembang dan imperialisme mula mencengkam.

Modeniti ialah sistem pemikiran di mana ia mengamalkan satu saiz untuk semua (one size fits for all) tanpa mengira latar belakang identiti negara tersebut.

Modeniti membawa ideologi yang mendorong ke Revolusi Perindustrian.

Revolusi Perindustrian mengajar kita bukan untuk bina kilang, tapi membina tamadun dengan cara skala besar dengan teknik satu acuan untuk semua.

Kita lihat macam mana Henry Ford, membina kilang kereta dan industri kereta bergerak pantas dengan satu uniformiti. Fahaman Karl Marx yang nak semua rakyat hidup dalam sosial uniformiti. Dan paling ekstrem, fasisme yang nak satu kaum yang hidup dalam uniformiti.

Modeniti melahirkan liberal demokrasi, komunisme dan fasisme. Semua ni untuk accommodate sistem ketamadunan masa tu – industri.

Pasca moden adalah reaksi dan penentangan kepada uniformiti. Sebab tu postmodern culture sangat hipster.

Kita perlukan ideologi baru dalam era pasca moden ini. Dan butang resetnya adalah konservatif. Bak kata orang tua, “kalau dah sesat tu, kembalilah ke pangkal jalan.

Zaman pasca moden adalah kepelbagaian idea dan fikiran. Perspektif kini dilihat pada identity politics (race, gender, sexuality).

Dan kemenangan Trump dan Brexit membebaskan umat manusia daripada uniformiti hasil daripada sistem modeniti yang mencengkam dari zaman imperialisme dulu.

Referendum Scotland, pengisytiharan Catalan, kebangkitan wilayah Basque dan Galicia di Sepanyol, kebangkitan nasionalisme Flanders di Belgium, wilayah Lombardi, Venice dan Sicily yang nak merdeka dari Itali, Papua dan Acheh nak merdeka dari Indonesia, ini semua petanda lebih banyak negara bangsa akan muncul.

Kerana kalau modeniti adalah uniformiti, pasca moden adalah identiti.

Semua wilayah mahu tunjukkan identiti mereka. Kesenian, kebudayaan, masakan, muzik, penulisan, masakan wilayah, daerah mula dicari orang yang rindukan dan dahagakan identiti diri yang dah hilang akibat modeniti sejak zaman industri dulu.

Kita dah kat abad ke-21. Dan frame falsafah, geopolitik serta ideologi yang masih mengikut abad yang lepas, sesuatu yang baru akan lahir tidak lama lagi selepas selesai konflik ini, untuk acuan dekad ini.