Selepas membaca tulisan Diorama Ahad di IAmLejen.com tentang 2020 yang bakal menjelma, saya pun terpanggil untuk menulis tentang dekad yang akan mendatang.
Saya kini dalam usaha sedang menyiapkan buku yang terbaru berjudul “20 Tahun Sebelum 2020”, jadi eloklah juga saya tulis berkenaan apa yang kita nantikan apa yang bakal dinantikan menjelang tahun 2020 nanti.
Yang pastinya, kereta terbang yang menjadi angan-angan ramai dari kalangan kita semasa kita kanak-kanak dahulu tidak akan menjadi kenyataan.
20. Euro 2020

Kejohanan bola sepak Eropah kali ini berlangsung dengan sangat unik – dengan tiada negara yang menjadi tuan rumah secara monopoli, sebaliknya kejohanan ini akan berlangsung di hampir keseluruhan Eropah.
12 buah negara dengan 12 buah stadium akan menganjurkan kejohanan ini.
Parken Stadium di Copenhagen, Denmark, Johan Cruyff Arena di Amsterdam, Belanda, San Mames di Bilbao, Sepanyol, Hampden Park di Glasgow, Scotland, Aviva Stadium di Dublin, Ireland.
Arena Nationala di Bucharest, Romania, Puskas Arena di Budapest, Hungary, Stadium Olimpik di Baku, Azerbaijan, Stadio Olimpico di Rome, Itali, Kretovsky Stadium di St Petersburg, Rusia, Allianz Arena di Munich, Jerman.
Sementara perlawanan separuh akhir dan akhir akan berlangsung di Stadium Wembley, England.
Portugal adalah juara bertahan dalam edisi lepas yang berlangsung di Perancis pada tahun 2016.
19. Grand Egyptian Museum akan siap dibina di Giza, Mesir.

Jika anda peminat sejarah dan pengunjung muzium seperti saya, maka ini adalah idaman anda untuk ke sana. Muzium ini akan menyimpan semua sejarah ketamadunan Mesir dari 40,000 tahun yang lalu, iaitu dari era Aterian, hingga ke era Nubian (zaman Firaun), hinggalah ke zaman moden seperti zaman Gamal Abdel Nasser akan disimpan di muzium ini.
18. Artemis I, roket pertama NASA dilancarkan ke bulan sejak 1972.

Artemis I akan dilancarkan pada 2020 oleh NASA sejak kali terakhir ke bulan pada 1972. Ini bermakna persaingan ke angkasa akan kembali rancak selepas ia berakhir selepas berakhirnya Perang Dingin dengan Soviet Union.
NASA kembali rancak untuk melancarkan roket ini selepas kejayaan Chang’e 5 ke bulan pada Mac 2019.
17. British keluar dari Kesatuan Eropah (akhirnya!)

Selepas hampir tiga tahun United Kingdom bergelut dalam konflik Brexit, kemenangan Parti Konservatif dalam pilihan raya awal bulan ini memberi mandat yang cukup besar kepada Perdana Menteri, Boris Johnson.
Johnson merancang untuk keluar sepenuhnya dari Kesatuan Eropah tidak kurang daripada 31 Disember, 2020.
Untuk artikel tentang Brexit, boleh baca tulisan di sini:
16. Expo 2020 akan berlangsung di Dubai.

Pameran inovasi terbesar di dunia akan berlangsung di Dubai pada 2020. Di sini, segala inovasi terbaru akan dipamerkan, dengan teknologi yang bakal mewarnai dekad 2020an akan mula dilihat di sini. Ia akan berlangsung mulai Oktober 2020, akan menyaksikan banyak teknologi seperti AI dan Internet-of-Things (IOT) akan diperkenalkan.
15. Playstation 5 dan Xbox Series X akan mula berada di pasaran.

Jika anda peminat game konsul, maka tahun 2020 adalah tahun yang ditunggu-tunggu! Beberapa game konsul baru seperti Halo Infinite, Hellblade 2 dan Call of Duty turut mempunyai konsul dalam versi konsul terbaru ini.
14. Teknologi ultra-thin OLED akan mula berada di telefon pintar anda.

Cuba kenangkan apa telefon bimbit anda pada tahun 2010, 10 tahun yang lepas? BlackBerry Bold? Anda akan tertawa bila membandingkan telefon tersebut dengan telefon anda ada hari ini.
Cuba bayangkan dekad mendatang, bagaimana pula dengan teknologi telefon bimbit anda. Dengan ultra-thin OLED ini, telefon bimbit akan jadi begitu nipis sehingga boleh dilipat-lipat. Bahkan sudah keluar telefon pintar Motorola RAZR 2019 yang lalu.
Bayangkan akan datang bagaimana rupa telefon bimbit anda.
13. Teknologi 5G akan merevolusikan internet.

Teknologi 5G akan mula meluas di pasaran mulai 2020. Ia juga akan mengubah banyak perkara dalam hidup manusia, termasuk dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, keselamatan dan gaya hidup. 5G akan menjadikan internet jauh lebih pantas daripada apa yang kita gunakan pada hari ini.
12. Tahun Melawat Malaysia 2020

Tahun Melawat Malaysia akan berlangsung pada tahun hadapan. Ia bersempena Wawasan 2020 serta sasaran kita untuk meningkatkan pelancongan ke negara kita. Selain itu, di peringkat negeri seperti Johor dan Kelantan juga melangsungkan tahun melawat negeri masing-masing.
11. Kereta tanpa pemandu mula meluas di pasaran.

Syarikat seperti Google, Tesla dan Waymo sudah giat menjalankan R&D serta menyiapkan prototaip sepanjang dekad ini. Dekad hadapan, kenderaan ini akan mula berada di pasaran, menjadikan pemanduan kereta cuma perkara silam dan tinggalan sejarah.
Tak perlulah lagi ada lesen memandu. Cuma tekan-tekan, dan kereta boleh bergerak sendiri.
10. Mesin pencetak 3D akan mula berada di pasaran.

Dengan teknologi ini, membina produk dan akan datang mungkin bangunan tidak lagi sesukar dulu. Dengan adanya teknologi ini, akan menyebabkan memudahkan dan memurahkan lagi produk.
9. Sukan Olimpik akan berlangsung di Tokyo, Jepun.

Sukan Olimpik 2020 akan berlangsung di Tokyo, Jepun pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020. Mampukah Malaysia merangkul pingat emas pertamanya dalam sejarah Olimpik? Paralimpik kita sudah menang di Rio de Janeiro pada kejohanan yang lepas pada tahun 2016.
8. Larangan merokok di kedai makan mulai 1 Januari.

Untuk perokok, ini perkara yang mereka kurang gemar untuk mendengarnya. Namun begitu undang-undang ini akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2020 nanti.
7. Perlawanan akhir UEFA Champions League di Istanbul, Turki.

Perlawanan akhir UEFA Champions League akan berlangsung di Istanbul pada 30 Mei, 2020 di Stadium Attartuk, Istanbul, sejak kali terakhir ia berlangsung di bandar yang sama pada tahun 2005, dengan Liverpool memenangi piala paling berprestij di Eropah pada ketika itu.
Mampukah Liverpool mengulanginya, tambahan pula, mereka kini pasukan juara bertahan. Sama-sama kita tunggu.
6. Piala Thomas 2020 akan berlangsung di Aarhus, Denmark.

Jika anda bukan peminat bola sepak dan meminati sukan badminton seperti Paul Scholes, anda boleh menantikan detik-detik bersejarah ini. Mampukah Malaysia menamatkan kemarau kejuaraan piala ini sejak tahun 1992? Atau China terus menguasai sukan ini? Atau kelebihan kepada tuan rumah, iaitu pasukan Denmark?
5. Penduduk Malaysia mencecah 32.3 juta.

Dengan kadar kelahiran yang rendah, Malaysia dijangka mengalami krisis yang sukar menjelang tahun 2050 memandangkan Generasi Alpha (2010-kini) sangat sedikit dibandingkan dengan golongan millennials (1980-1995). Ini kerana apabila generasi millennials mulai menua dan mula bersara, generasi Alpha adalah generasi yang bekerja, yang perlu menanggung millennials yang mempunyai populasi yang tinggi.
Untuk bacaan tentang generasi, boleh merujuk di tulisan ini:
4. Perbicaraan “Impeachment” Presiden Donald Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan berdepan dengan proses perbicaraan yang dipanggil impeachment, yang akan berlangsung pada Januari. Perbicaraan ini akan menentukan sama ada beliau akan kekal menjadi Presiden ataupun tidak.
Beliau dibicarakan atas kesalahan yang termaktub dalam Perlembagaan Amerika Syarikat tentang penyalahgunaan kuasa dan menghalang pihak berkuasa menyiasat berkenaan isu ugutan beliau kepada Presiden Ukraine, Volodomir Zelensky.
Keputusan akan ditentukan Senat, dengan hanya dipecat sekiranya mendapat undi 2/3 dalam dewan tersebut. Bagaimanapun ramai penganalisis politik menjangkakan Trump tidak menghadapi masalah kerana Dewan Senat dikuasai oleh partinya, Parti Republikan.
3. Tanda-tanya peralihan kuasa di Putrajaya?

Isu peralihan kuasa di Putrajaya juga dijangka akan menjadi isu hangat pada 2020 nanti. Sama ada Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri selepas Mei 2020, atau Dr Mahathir kekal dengan jawatannya, bergantung pada keadaan politik semasa.
2. Krisis ekonomi dunia sekali lagi?

Selepas berlaku krisis ekonomi dunia pada tahun 2008, dunia dijangka berdepan dengan krisis ekonomi sekali lagi pada tahun hadapan. Penganalisis politik di Forbes menjangkakan beberapa negara seperti Jerman, China, Hong Kong, Itali, Turki, Argentina, Brazil dan Mexico akan terjejas teruk akibat krisis ini.
Selain itu sentimen Perang Dagang AS dan China juga menjadikan krisis ini mungkin akan jadi krisis yang lebih teruk berbanding 2008.
1. Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 2020.

Dan walaupun sekiranya Trump dipecat dalam impeachment pada Januari nanti (99.9% tidak mungkin kerana semua ahli Senat Republikan setia pada Trump), Donald Trump masih lagi boleh bertanding dalam pilihan raya presiden pada tahun 2020 kerana tidak ada halangan dalam peruntukan Perlembagaan Amerika Syarikat.
Demokrat juga akan melangsungkan primary (pilihanraya kelayakan) untuk tiket presiden yang akan berdepan dengan Donald Trump pada bulan November nanti. Setakat ini beberapa calon seperti Joe Biden, Bernie Sanders, Elizabeth Warren dan Michael Bloomberg akan berentap di peringkat ini sesama sendiri sebelum berdepan dengan Trump.
Penganalisis setakat ini menjangkakan kemenangan kepada Donald Trump, tapi dalam politik, apa sahaja boleh berlaku dalam masa 24 jam. Hanya masa yang menjadi penentu.
Apapun, nikmatilah lagu rap berkenaan 2020 paling saya minati ini. Selamat menuju ke tahun 2020!